Bantuan Penyedia Servis Buka

0

Bantuan Penyedia Servis PetBacker diwujudkan bagi membantu Penyedia Servis dari seri kewangan jika tuntutan kerugian mereka tidak boleh dituntut melalui insuran. Sebagai tanda menghargai jasa anda, bantuan ini melindungi Penyedia Servis yang mengalami kecederaan anggota badan akibat daripada perbuatan haiwan peliharaan yang dijaga (tidak termasuk keluarga, haiwan peribadi atau rakan).

Penyedia Servis boleh membuat tuntutan sebanyak 30% maximum $100 untuk bill rawatan berkenaan. Bantuan ini tidak termasuk kerosakan harta benda atau kerosakan barang fizikal lain.

Bantuan Penyedia Servis menjadi tidak sah jika anda menjaga haiwan peliharaan Pemilik yang lain dan bukan melalui PetBacker. Anda hanya boleh membuat tuntutan sebanyak 3 kali bari tempoh setahun dan sekali bagi setiap haiwan. Bantuan ini juga tidak sah untuk entiti komersial. PetBacker tidak akan bertanggungjawab keatas kehilangan atau kematian haiwan peliharaan dan menjadi tanggungjawab Penyedia Servis Sepenuhnya.

  1. Jika berlaku kejadian kehilangan Haiwan. Penyedia Servis akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kos. PetBacker mewarkan sebanyak $100 untuk kos pengiklanan di FB, Google dan lain-lain.
  2. Jika berlaku kematian haiwan, PetBacker akan menawarkan $100 sebagai tanda takziah kepada pemilik haiwan peliharaan bagi pihak Penyedia Servis.
  3. Sebarang kos bagi pusat perlindungan, saman atau lain-lain bagi kejadian tersebut tidak termasuk dalam program ini dan tidak boleh membuat tuntutan.
F
Disiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
#134214 lihat

Sila log masuk untuk menghantar jawapan