PEMBATALAN FAQ

Pertikaian Pembayaran: Pembayaran yang dibuat diluar PetBacker. Buka

PetBacker akan membuat pembayaran kepada backers kami dalam masa 48 jam selepas tempahan tamat. Setelah pembayaran telah diberikan kepada backer,…

PetBacker akan membuat pembayaran kepada backers kami dalam masa 48 jam selepas tempahan tamat. Setelah pembayaran telah diberikan kepada backer, segala pertikaian harus diselesaikan sendiri oleh pemilik dan penjaga haiwan peliharaan. PetBacker tidak dipertanggungjawabkan untuk menjadi perantara atau memantau penyelesaian dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang tip, bonus, atau pembayaran yang lain yang dibuat di luar aplikasi.

0 jawapan12 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Pembayaran balik untuk servis di bawah standard Buka

Jika kami telah menentukan bahawa peyedia servis gagal memberikan khidmat terbaik (setelah bukti diberikan dan kajian dilakukan) berdasarkan garis panduan…

Jika kami telah menentukan bahawa peyedia servis gagal memberikan khidmat terbaik (setelah bukti diberikan dan kajian dilakukan) berdasarkan garis panduan dan polisi kami. Setelah keputusan dibuat, tempahan tersebut akan dibatalkan dan pembayaran balik samada secara separa atau penuh kepada pemilik haiwan peliharaan.

*Pembayaran balik termaktub kepada kos transaksi jika ada.

0 jawapan8 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Jaminan Tempahan Buka

Kes ini jarang berlaku, tetapi jika backer membatalkan tempahan secara saat akhir, kami ada bersama anda. Setiap tempahan yang dibuat…

Kes ini jarang berlaku, tetapi jika backer membatalkan tempahan secara saat akhir, kami ada bersama anda. Setiap tempahan yang dibuat di dalam PetBacker akan dilindungi oleh Jaminan Tempahan kami. Apa itu?

Kami Akan Memberikan Pembayaran Balik

Jika penjaga atau pejalan anjing membatalkan tempahan dalam masa 7 hari sebelum tarikh servis, kami akan memberikan bayaran balik. (bayaran balik termaktub kepada cas transaksi jika ada)

Kami Akan Membantu Mencari Pengganti Untuk Penjaga Atau Pejalan Anjing Yang Baru.

Kami akan berhubung dengan anda secepat mungkin, tetapi anda juga boleh hubungi kami. Kami sentiasa ada 24/7.

Carian untuk pengganti akan dilakukan secara meluas. Kami akan lakukan segalanya untuk mendapatkan pengganti yang terbaik. Jika anda menempah pengganti yang lebih mahal, kami akan membayarkan lebihan harga kepada penjaga sehingga 6% dari jumlah harga dan terhad sehingga $20 sahaja.

Kami Berada Di Sini Adalah Untuk Membantu Anda

Kami berjanji akan melakukan segalanya untuk memastikan anda dan haiwan peliharaan menyukai pengalaman servis kami, dan jaminan tempahan memainkan peranan penting untuk kami.

0 jawapan267 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Pembatalan oleh Penyedia Servis Buka

Jika Backer memohon untuk membatalkan sebelum atau semasa servis bermula, bayaran balik secara penuh akan dibuat kepada pemilik haiwan peliharaan…

Jika Backer memohon untuk membatalkan sebelum atau semasa servis bermula, bayaran balik secara penuh akan dibuat kepada pemilik haiwan peliharaan untuk servis yang dibatalkan oleh penyedia servis (Backer). Pemilik haiwan peliharaan akan menerima bayaran penuh tanpa potongan cas servis.

Pembatalan yang dibuat oleh backer akan dinilai secara serius. Akaun penyedia servis akan dinilai jika terdapat kesangsian dalam pembatalan. Denda sebanyak USD 100, penangguhan serta pembatalan akses kepada PetBacker servis akan dilakukan jika didapati bersalah.

Jika terdapat penipuan dalam pembatalan. Anda layak dikenakan denda sebanyak 40% daripada jumlah nilai tempahan yang dibatalkan dan anda tidak akan mendapat permintaan pekerjaan secara terbuka. Hanya permintaan pekerjaan persendirian akan diberikan sehingga pasukan Amanah dan Keselamatan menghabiskan siasatan dan melepaskan sekatan anda.

Paparan Sebab Pembatalan

  1. Sebab pembatalan akan dipaparkan didalam profil penyedia servis jika pembatalan dibuat lebih dari 3 kali dan lebih dari 10% dari keseluruhan jumlah tempahan yang ada. Paparan jumlah pembatalan akan memberi impak kepada jumlah permintaan kerja di masa akan datang.
  2. Untuk tujuan ketelusan,jika sebab pembatalan adalah disebabkan ketidaksesuaian backer, atau pembatalan dibuat oleh backer, sebab pembatalan akan ditunjukkan (berdasarkan syarat tertentu) di dalam profile backer bagi membolehkan pemilik haiwan peliharaan membuat keputusan yang terbaik dan selamat untuk haiwan mereka.
  3. Jika pembatalan adalah disebabkan oleh masalah peribadi pemilik haiwan peliharaan, sebab pembatalan tidak akan dipaparkan didalam profil backer.

0 jawapan10 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Pembatalan oleh Pemilik Haiwan Peliharaan Buka

Selepas Perjumpaan Awal Dan Sebelum Tempahan Bermula Pembiayaan balik dengan jumlah yang penuh akan diberikan jika pembatalan tersebut adalah disebabkan…

Selepas Perjumpaan Awal Dan Sebelum Tempahan Bermula

  1. Pembiayaan balik dengan jumlah yang penuh akan diberikan jika pembatalan tersebut adalah disebabkan penjaga haiwan peliharaan tidak sesuai untuk menjaga haiwan peliharaan anda. Walau bagaimanapun, jika pemilik haiwan peliharaan memilih untuk mencari pengganti, pembayaran yang dibuat sebelumnya akan dipindah kepada penjaga haiwan peliharaan yang seterusnya. Baki pembayaran boleh disimpan didalam dompet aplikasi dan boleh digunakan pada masa lain atau pemilik haiwan peliharaan boleh meminta baki tersebut dikembalikan ke dalam bank akaun.
  2. Pembatalan saat akhir (kurang daripada 24 jam dari permulaan servis) mungkin dikenakan caj pembatalan sebanyak 50% mengikut budi bicara PetBacker yang akan ditukar menjadi baucar untuk tempahan di masa hadapan.
  3. Pembatalan yang melebihi 6 bulan dari tarikh transaksi tidak dapat dikembalikan kerana sekatan pintu masuk pembayaran dan akan ditukar menjadi baucar untuk tempahan di masa hadapan.
  4. Untuk pembatalan selain daripada sebab di atas, 10% cas pembatalan akan dikenakan. Pemilik haiwan peliharaan peliharaan boleh meminta untuk menukar tarikh servis atau menyimpan pembayaran tersebut di dalam dompet aplikasi untuk mengelakkan cas pembatalan. Pembayaran anda yang terdapat di dalam dompet tidak mempunyai tarikh luput.

Paparan Sebab Pembatalan

  1. Sebab pembatalan akan ditunjukkan di dalam profil penyenaraian backer jika pembatalan tersebut adalah disebabkan ketidaksesuaian backer. Ini kerana kami mahu membantu pemilik haiwan peliharaan untuk membuat keputusan menempah mana-mana backer yang lebih selamat untuk haiwan peliharaan mereka.
  2. Untuk sebab yang lain, pembatalan dan sebab pembatalan tidak akan dipaparkan di dalam profil penyeneraian penyedia servis.

Selepas Daftar Masuk

  1. Jika pembatalan adalah disebabkan sebab peribadi seperti perjalanan dipendekkan, bayaran untuk servis yang telah dilakukan oleh penjaga haiwan peliharaan akan diberikan. Manakala, 50% bayaran balik akan dibuat kepada pemilik untuk baki servis yang belum dilengkapkan dan 50% lagi akan disimpan didalam dompet untuk kegunaan masa hadapan.
  2. Jika pembatalan adalah disebabkan rungutan atau pertikaian, notis rungutan dan pertikaian mestilah dimaklumkan kepada PetBacker secepat yang mungkin sebelum kami meneruskan pembatalan. Keputusan pembayaran balik akan dibuat setelah pertikaian selesai.
  3. PetBacker akan menjadi perantara bila perlu, dan berhak membuat keputusan terakhir bagi setiap pertikaian.

 

Anda mungkin juga berminat dalam

Pembatalan oleh penyedia servis

0 jawapan14 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0