PENGANJUR FAQ

Apakah manfaat dan syarat untuk melanggan sebagai penganjur? Buka

Penganjuran tahunan PetBacker berharga USD 650. Dengan melanggan sebagai penganjur PetBacker, anda boleh memberi sebut harga sehingga USD 6,500 (Kadar…

Penganjuran tahunan PetBacker berharga USD 650. Dengan melanggan sebagai penganjur PetBacker, anda boleh memberi sebut harga sehingga USD 6,500 (Kadar sebut harga keseluruhan).

Penerangan pakej Penganjuran adalah seperti berikut:

Jika penyedia servis telah menjawab permintaan pekerjaan dengan sebut harga berjumlah USD 2000 (Sebut harga yang adil) dan berkongsi nombor telefon peribadi, kami akan memotong jumlah sebut haga USD 2000 daripada keseluruhan nilai sebut harga dan penganjuran mashih berteruskan bagi baki USD 4,500 untuk semua jenis permintaan pekerjaan dan berkongsi nombor telefon peribadi kepada pelanggan. Jika pemintaan kerja diatas yang bernilai USD 2000 ditempah melalui PetBacker, kami akan menaikkan semula jumlah nilai kepada USD 6,500 kerana tempahan dibuat didalam aplikasi. Jika pekerjaan tersebut tidak ditempah melalui aplikasi PetBacker selepas berkongsi nombor telefon, jumlah USD 6,500 akan ditolak menjadi USD 4,500.

Syarat:

Apa yang akan dikira sebagai jumlah nilai sebut harga?

  1. Jika anda telah berkongsi nombor telefon (jika anda telah menjadi keutamaan pemilik haiwan peliharaan dan mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa)
  2. Mereka telah berkongsi nombor telefon tetapi tidak pernah menempah (mungkin anda atau pemilik haiwan telah mempunyai nombor telefon/media sosial atau alamat anda dan berurusan di luar aplikasi)
  3. Menempah melalui PetBacker tetapi membatalkan tempahan ( kerana sekarang anda telah mempunyai nombor telefon/media sosial untuk kegunaan masa depan dan berkemungkinan digunakan oleh mereka untuk menempah anda di masa akan datang)
  4. Jika anda telah berkongsi maklumat peribadi seperti nombor telefon atau media sosial di dalam profil anda (semua sebut harga dan tindak balas akan dikira sebagai jumlah nilai sebut harga kerana pemilik haiwan peliharaan akan melihat profil servis anda untuk melihat maklumat, anda telah mendedahkan maklumat anda yang membolehkan pemilik haiwan peliharaan untuk menghubungi anda secara terus melalui iklan yang di buat oleh kami atau semasa pemilik haiwan mencari maklumat penjaga melalui website seperti https://id.petbacker.com/s/jakarta.

Perkara yang tidak temasuk didalam jumlah nilai sebut harga:

  1. Pemilik haiwan peliharaan telah membuat keseluruhan bayaran melalui PetBacker (kami akan menolak melalui sebut harga kerana kami telah mengambil yuran servis)
  2. Anda atau pemilik haiwan peliharaan tidak berkongsi maklumat seperti nombor telefon dan sosial media (anda memberi sebut harga tetapi tidak berkongsi maklumat peribadi)
  3. Anda tidak mempunyai atau tidak berkongsi sosial media seperti IG, FB, link atau nombor telefon di dalam servis profil.
0 jawapan42 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Bolehkah saya mendapatkan semula kredit yang digunakan jika saya tidak berjaya mendapatkan pekerjaan yang didahului? Buka

Jika anda merupakan penganjur dan menggunaka kredit untuk mambalas permintaan kerja yang didahului tetapi gagal mendapatkan pekerjaan tersebut, anda tidak…

Jika anda merupakan penganjur dan menggunaka kredit untuk mambalas permintaan kerja yang didahului tetapi gagal mendapatkan pekerjaan tersebut, anda tidak akan mendapat semula kredit yang telah digunakan jika pemilik haiwan peliharaan anda membalas mesej anda.

0 jawapan15 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Bolehkah saya mendapatkan semula kredit yang telah digunakan jika pemilik haiwan peliharaan tidak membalas mesej saya? Buka

Jika anda merupakan penganjur, kredit akan dipulangkan semula jika anda tidak mendapat sebarang balasan.

Jika anda merupakan penganjur, kredit akan dipulangkan semula jika anda tidak mendapat sebarang balasan.

0 jawapan11 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Bolehkah saya mendapatkan permintaan kerja tanpa melanggan sebagai penganjur? Buka

Ya, anda boleh. Penyedia servis yang tidak melanggan boleh menggunakan fungsi asas dimana anda boleh menjawab permintaan tetapi setiap permintaan…

Ya, anda boleh. Penyedia servis yang tidak melanggan boleh menggunakan fungsi asas dimana anda boleh menjawab permintaan tetapi setiap permintaan hanya terhad kepada 8 orang penyedia servis untuk menjawab. Kami melakukan ini kerana untuk mengelakkan spam dan untuk melindungi kepentingan pengguna yang menjadi penganjur yang telah menyokong kami dengan membiayai kami untuk terus membuat pengiklanan dan pemasaran kepada pemilik haiwan peliharaan bagi menaikkan jumlah permintaan kerja.

0 jawapan14 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa keperluan kredit? Buka

Semua pengguna digalakkan untuk mendapatkan 10 kredit dengan memperkenalkan kepada 2 pencinta haiwan untuk mendaftar masuk dengan PetBacker.Kredit boleh digunakan…

Credits screen

Semua pengguna digalakkan untuk mendapatkan 10 kredit dengan memperkenalkan kepada 2 pencinta haiwan untuk mendaftar masuk dengan PetBacker.

Kredit boleh digunakan untuk

  • Tukarkan dengan servis penjagaan untuk harga promosi.
  • Tukarkan dengan barangan cederamata seperti bandana, T-shirt, mainan haiwan peliharaan dan banyak lagi di paparan buletin.
  • Penjaga haiwan peliharaan (backers) boleh menjawab permintaan kerja walaupun telah mencapai maxima 8 backer yang telah membalas. (Kami meletakkan had sebanyak 8 backer untuk menjawab permintaan kerja)

Penyedia servis (Backers) yang menjadi Penganjur akan mendapat 200 untuk membolehkan anda untuk menjawab permintaan kerja, walaupun kerja tersebut tidak sepadan dengan senarai servis anda.

Jangan Risau ^_^, Pengguna yang bukan penganjur juga mendapat peluang untuk menjawab permintaan kerja yang utama selepas beberapa tempoh peluang yang telah diberikan kepada penganjur untuk berunding.

 

Anda mungkin juga berminat dalam:

Dimana untuk menambah email rujukan?

Bagaimana cara kongsi kod rujukan?

Apa itu Program Rujukan PetBacker?

0 jawapan12 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Kenapa melanggan sebagai penganjur? Buka

Penyedia Servis yang telah melanggan menjadi Penganjur PetBacker layak mendapat manfaat berikut: Bayaran penganjuran anda akan digunakan semula untuk mengiklankan…

PetBacker Sponsor

Penyedia Servis yang telah melanggan menjadi Penganjur PetBacker layak mendapat manfaat berikut:

  • Bayaran penganjuran anda akan digunakan semula untuk mengiklankan PetBacker di kawasan anda untuk meningkatkan aliran trafik untuk senarai profil anda, dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada anda! Potensi pelanggan selalunya akan mencari anda di enjin carian seperti Google.
  • Dapat menerima pekerjaan yang tidak padan dengan senarai servis anda.
  • Mendapat lencana "Penganjur" di dalam profil yang akan meningkatkan keyakinan pengunna tentang kegigihan penyedia servis dan bukti kredit (sama ada telah berdaftar bank akaun atau kad kredit)
  • Boleh menambah senarai servis untuk servis atau cawangan yang lain.
  • Senaraikan servis lebih dari satu lokasi, atau jadualkan servis anda di beberapa lokasi berbeza semasa melancong.
  • Dapatkan 200 kredit untuk menjawab permintaan kerja yang telah mencapai had maxima 8 peyedia servis.

Pemilik haiwan peliharaan yang melanggan sebagai Penganjur PetBacker layak mendapatkan manfaat seperti berikut:

  • Tukarkan 10 kredit untuk mendapat 10% potongan harga untuk setiap tempahan, sehingga jumlah pembayaran sebanyak USD28.
  • Tukarkan kredit untuk mendapatkan cenderahati kami seperti kolar, T-shirt, mainan haiwan peliharaan dan banyak lagi melalui buletin kami.

Anda mungkin juga berminat dalam:

Apa keperluan kredit?

0 jawapan19 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0