Kenapa sesetengah Backers hanya menerima permintaan kerja persendirian (Tiada Penyiaran)? Buka

0

Permintaan kerja persendirian yang dibuat secara terus oleh Pemilik Haiwan Peliharaan kepada profil anda. Anda hanya mendapat pekerjaan persendirian kerana kami mahu berlaku adil terhadap pengguna komuniti yang mahukan anda secara peribadi. Pekerjaan umum ialah fungsi istimewa yang mahukan persaingan yang sihat tanpa berkongsi maklumat peribadi perhubungan mereka dan mempunyai pembatalan yang sikit atau tiada pembatalan. Mereka juga sentiasa menyokong PetBacker. Anda mungkin akan menerima pekerjaan umum di masa puncak atau selepas semua Backers yang lain telah ditempah sepenuhnya.

Setiap permintaan kerja umum hanya membenarkan 5 ke 8 Penyedia Servis untuk membalas dan mendapat kelebihan tersebut walaupun Pemilik Haiwan Peliharaan tidak dapat melihat profil anda sebelum itu. Jadi anda mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat pekerjaan.

Untuk persaingan sihat, Permintaan kerja umum anda disekat mungkin disebabkan faktor yang berikut:

  • Senarai servis anda dilaporkan oleh komuniti, jadi ianya memerlukan pasukan Kepercayaan dan Keselamatan kami untuk menyiasatnya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan haiwan peliharaan.
  • Anda atau Pemilik Haiwan Peliharaan berkongsi maklumat perhubungan peribadi seperti nombor telefon sebelum membuat pembayaran bagi tempahan.
  • Anda menerima ulasan 1 bintang daripada Pemilik Haiwan Peliharaan yang telah menempah anda sebelumnya. Oleh itu, pasukan Kepercayaan dan Keselamatan kamu akan menyiasat terlebih dahulu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan haiwan peliharaan.
  • Pelanjutan tempahan tidak dibuat melalui PetBacker, sebagai contoh kami mendapat tahu anda dengan segaja meminta Pemilik Haiwan Peliharaan mengurangkan jumlah hari/sesi/malam kepada 1 dan membuat 1 tempahan bagi membolehkan anda berkongsi nombor telefon dan berhubung di luar aplikasi kami.
  • Terdapat banyak pembatalan yang menyebabkan Pemilik Haiwan Peliharaan mengalami pengalaman yang buruk bersama PetBacker.
  • Senarai Servis anda mempunyai maklumat peribadi, pautan atau gambar yang boleh membawa kepada perhubungan di luar aplikasi seperi meletakkan maklumat IG, FB dan lain.
  • Tidak menyokong PetBacker dengan meninggalkan ulasan buruk terhadap PetBacker di aplikasi pihak ketiga secara terus atau tidak terus dan menyebabkan bakal Pemilik Haiwan Peliharaan mengelak untuk menggunakan PetBacker dan akan menyebabkan Penyedia Servis kami menerima kurang pekerjaan.

 

Anda mungkin juga berminat dalam

Bagaimana cara mendapatkan kembali kelayakan Pekerjaan Umum yang Disiarkan?

F
Disiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
#13468 lihat

Sila log masuk untuk menghantar jawapan