Berapakah kos untuk anda menjadi Penyedia Servis di dalam PetBacker? Buka

0

Untuk anda menawarkan servis di PetBacker adalah percuma, dan anda boleh meletakkan kadar bayaran servis anda sendiri. Apabila anda mendapat tempahan, 15%-25% yuran servis akan dikenakan bagi setiap tempahan yang diperoleh.

Yuran servis akan menurun apabila anda melalukan banyak kerja melalui PetBacker. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk "Program Insentif PetBacker" untuk manfaat yang akan diperoleh.

Jika Penyedia Servis didapati menerima pembayaran diluar aplikasi, profil anda akan digantung tanpa notis.

Sebagai contoh:

  1. Meminta pemilik haiwan peliharaan mengurangkan tempahan kepada 1 hari untuk membolehkan anda berkongsi maklumat peribadi.
  2. Memasarkan platform lain
  3. Meminta pemilik haiwan peliharaan menghubungi anda di aplikasi lain seperti Facebook, carian google, peta atau media sosial yang lain.
  4. Berkongsi nombor telefon atau berjumpa sebelum tempahan dibuat tetapi tiada tempahan dibuat selepas itu ( Penalti sebanyak 40% akan dikenakan untuk membuka sekatan dari akaun anda)
  5. Memberikan diskaun yang tidak munasabah atau diskaun sebagai pembayaran pendahuluan. (Contohnya anda mengurangkan bayaran kepada MYR1 bagi membolehkan pemilik haiwan peliharaan membuat berkongsi nombor telefon)
  6. Membatalkan atau dibatalkan pekerjaan dengan alasan yang tidak munasabah.
  7. Tempahan atau pelanjutan berikutnya tidak dibuat melalui platform.
  8. Memberikan maklumat tidak benar kepada pemilik haiwan peliharaan mengenai yuran servis yang dikenakan oleh PetBacker tanpa menerangkan tentan Insuran Premium dengan harapan untuk mendapatkan mereka berhubung diluar platform.
  9. Meminta pemilik haiwan peliharaan untuk membayar secara tunai.
  10. Meminta pemilik haiwan peliharaan untuk membayar yuran tambahan diluar platform.

Untuk mengembalikan fungsi penuh:

  • Bagi kesalahan pertama, 30%-20% yuran servis dikenakan, dan siapkan 5 tempahan baru.
  • Bagi kesalahan kedua, 30%-20% yuran servis dan siapkan 10 tempahan baru.
  • Bagi kesalahan ketiga dan keatas, anda tidak akan memperoleh pekerjaan secara umum dan hanya terhad kepada permintaan kerja secara terus dan 35% yuran servis akan dikenakan.
F
Disiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
#135614 lihat

Sila log masuk untuk menghantar jawapan