Bolehkah anda mempercayai Penyedia Servis kami? Buka

0

Ya sudah semestinya! PetBacker merupakan aplikasi yang dibina atas dasar kepercayaan bersama yang meletakkan dan membenarkan pemilik haiwan peliharaan dan penyedia servis untuk berhubung. Demi kesejahteraam bersama, kami akan mengesahkan maklumat peribadi penyedia servis melalui pelbagau cara sebelum mereka memulakan tugas di sini dan membuang mana-mana profil penyedia servis yang tidak mencapai piawaian yang telah kami tetapkan.

Kami akan sentiasa menyarankan untuk anda membuat pembayaran pendahuluan sebelum berkongsi maklumat peribadi seperti nombor telefon atau media sosial atau mengadakan perjumpaan awal dengan penyedia servis bagi memastikan ketelusan penyedia servis dan untuk memastikan penyedia servis tersebut ialah orang yang tepat untuk menjaga haiwan peliharaan anda. Selepas itu, pemilik haiwan peliharaan boleh meninggalkan penilaian dan ulasan tentang pengalaman tempahan anda di dalam profil penyedia servis.

F
Disiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
#131810 lihat

Sila log masuk untuk menghantar jawapan