Pembatalan oleh Pemilik Haiwan Peliharaan Buka

0

Selepas Perjumpaan Awal Dan Sebelum Tempahan Bermula

  1. Pembiayaan balik dengan jumlah yang penuh akan diberikan jika pembatalan tersebut adalah disebabkan penjaga haiwan peliharaan tidak sesuai untuk menjaga haiwan peliharaan anda. Walau bagaimanapun, jika pemilik haiwan peliharaan memilih untuk mencari pengganti, pembayaran yang dibuat sebelumnya akan dipindah kepada penjaga haiwan peliharaan yang seterusnya. Baki pembayaran boleh disimpan didalam dompet aplikasi dan boleh digunakan pada masa lain atau pemilik haiwan peliharaan boleh meminta baki tersebut dikembalikan ke dalam bank akaun.
  2. Pembatalan saat akhir (kurang daripada 24 jam dari permulaan servis) mungkin dikenakan caj pembatalan sebanyak 50% mengikut budi bicara PetBacker yang akan ditukar menjadi baucar untuk tempahan di masa hadapan.
  3. Pembatalan yang melebihi 6 bulan dari tarikh transaksi tidak dapat dikembalikan kerana sekatan pintu masuk pembayaran dan akan ditukar menjadi baucar untuk tempahan di masa hadapan.
  4. Untuk pembatalan selain daripada sebab di atas, 10% cas pembatalan akan dikenakan. Pemilik haiwan peliharaan peliharaan boleh meminta untuk menukar tarikh servis atau menyimpan pembayaran tersebut di dalam dompet aplikasi untuk mengelakkan cas pembatalan. Pembayaran anda yang terdapat di dalam dompet tidak mempunyai tarikh luput.

Paparan Sebab Pembatalan

  1. Sebab pembatalan akan ditunjukkan di dalam profil penyenaraian backer jika pembatalan tersebut adalah disebabkan ketidaksesuaian backer. Ini kerana kami mahu membantu pemilik haiwan peliharaan untuk membuat keputusan menempah mana-mana backer yang lebih selamat untuk haiwan peliharaan mereka.
  2. Untuk sebab yang lain, pembatalan dan sebab pembatalan tidak akan dipaparkan di dalam profil penyeneraian penyedia servis.

Selepas Daftar Masuk

  1. Jika pembatalan adalah disebabkan sebab peribadi seperti perjalanan dipendekkan, bayaran untuk servis yang telah dilakukan oleh penjaga haiwan peliharaan akan diberikan. Manakala, 50% bayaran balik akan dibuat kepada pemilik untuk baki servis yang belum dilengkapkan dan 50% lagi akan disimpan didalam dompet untuk kegunaan masa hadapan.
  2. Jika pembatalan adalah disebabkan rungutan atau pertikaian, notis rungutan dan pertikaian mestilah dimaklumkan kepada PetBacker secepat yang mungkin sebelum kami meneruskan pembatalan. Keputusan pembayaran balik akan dibuat setelah pertikaian selesai.
  3. PetBacker akan menjadi perantara bila perlu, dan berhak membuat keputusan terakhir bagi setiap pertikaian.

 

Anda mungkin juga berminat dalam

Pembatalan oleh penyedia servis

F
Disiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
#138812 lihat

Sila log masuk untuk menghantar jawapan