Pembatalan oleh Penyedia Servis Buka

0

Jika Backer memohon untuk membatalkan sebelum atau semasa servis bermula, bayaran balik secara penuh akan dibuat kepada pemilik haiwan peliharaan untuk servis yang dibatalkan oleh penyedia servis (Backer). Pemilik haiwan peliharaan akan menerima bayaran penuh tanpa potongan cas servis.

Pembatalan yang dibuat oleh backer akan dinilai secara serius. Akaun penyedia servis akan dinilai jika terdapat kesangsian dalam pembatalan. Denda sebanyak USD 100, penangguhan serta pembatalan akses kepada PetBacker servis akan dilakukan jika didapati bersalah.

Jika terdapat penipuan dalam pembatalan. Anda layak dikenakan denda sebanyak 40% daripada jumlah nilai tempahan yang dibatalkan dan anda tidak akan mendapat permintaan pekerjaan secara terbuka. Hanya permintaan pekerjaan persendirian akan diberikan sehingga pasukan Amanah dan Keselamatan menghabiskan siasatan dan melepaskan sekatan anda.

Paparan Sebab Pembatalan

  1. Sebab pembatalan akan dipaparkan didalam profil penyedia servis jika pembatalan dibuat lebih dari 3 kali dan lebih dari 10% dari keseluruhan jumlah tempahan yang ada. Paparan jumlah pembatalan akan memberi impak kepada jumlah permintaan kerja di masa akan datang.
  2. Untuk tujuan ketelusan,jika sebab pembatalan adalah disebabkan ketidaksesuaian backer, atau pembatalan dibuat oleh backer, sebab pembatalan akan ditunjukkan (berdasarkan syarat tertentu) di dalam profile backer bagi membolehkan pemilik haiwan peliharaan membuat keputusan yang terbaik dan selamat untuk haiwan mereka.
  3. Jika pembatalan adalah disebabkan oleh masalah peribadi pemilik haiwan peliharaan, sebab pembatalan tidak akan dipaparkan didalam profil backer.

F
Disiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
#138910 lihat

Sila log masuk untuk menghantar jawapan